TERKINI:

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Jeti Angkasa Baru

KUDAT: Mayat seorang lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di kawasan Jeti Angkasa Baru, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Darickson Galanang berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat memaklumkan mengenai penemuan mangsa di kawasan jeti berkenaan.

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota bomba digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 10.43 pagi, kira-kira empat kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, pasukan operasi mendapati seorang lelaki dalam keadaan tidak bernyawa terapung di permukaan air.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mengangkat mangsa sebelum menyerahkannya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti ketika operasi dijalankan.

Katanya, operasi turut melibatkan empat anggota PDRM dan tiga petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Selepas mangsa berjaya diserahkan kepada pihak PDRM dan pemeriksaan di lokasi mengesahkan tiada lagi sebarang bahaya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.18 pagi,” katanya.

Darickson berkata, kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut, termasuk mengenal pasti identiti mangsa dan punca kejadian.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama
SayangSabah FOLLOW