KOTA KINABALU: Pemuda Gagasan Rakyat membuat laporan polis berhubung satu hantaran di media sosial yang didakwa mengandungi unsur penghinaan melampau terhadap Ketua Menteri, termasuklah penggunaan kata kesat serta label tidak wajar.
Pemuda Gagasan Rakyat dalam satu kenyataan berkata, hantaran berkenaan dipercayai dimuat naik oleh seorang individu dikenali sebagai Saudara Hamdin, yang didakwa mengandungi ungkapan berbentuk cacian termasuk istilah ‘celaka’ serta perbandingan tidak sesuai dengan ahli politik.
“Tindakan ini diambil sebagai tanda bahawa budaya menghina, memfitnah dan melampaui batas kesopanan tidak seharusnya dinormalisasikan dalam ruang awam, khususnya di Sabah yang terkenal dengan nilai hormat dan adab dalam berpolitik,” katanya menerusi laman rasmi milik Pemuda Gagasan Rakyat, semalam.
Menurutnya, perbezaan pandangan politik adalah perkara biasa, namun ia perlu disampaikan secara berhemah, bertanggungjawab dan berasaskan fakta, bukannya menggunakan kata-kata kesat atau penghinaan peribadi.
“Sebarang bentuk penghinaan melampau terhadap mana-mana individu atau pemimpin tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan sewajarnya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Pemuda Gagasan Rakyat memaklumkan bahawa laporan polis susulan juga akan dibuat di seluruh Sabah sebagai tanda solidariti dan pendirian bersama terhadap isu berkenaan.
“Perbezaan pandangan dalam politik adalah perkara biasa, namun ia mestilah disampaikan dengan berhemah, bertanggungjawab dan berlandaskan fakta, bukannya dengan kata-kata kesat atau penghinaan yang mencemarkan budaya masyarakat Sabah,” tambahnya.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hamdin Nordin didakwa memuat naik satu hantaran yang menuduh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghalang kemasukan seorang aktivis ke negeri ini.
Selain itu, individu sama turut didakwa memuat naik satu lagi hantaran yang mengaitkan Ketua Menteri yang kini sedang menunaikan ibadah umrah di Makkah dengan watak Abu Jahal.
Dalam hantaran berkenaan, beliau berkata: “Kalau semata-mata berada di Makkah atau mengelilingi Kaabah boleh menyucikan manusia, sudah tentu Abu Jahal menjadi orang paling suci.”