Tun Musa ziarah jenazah Allahyarham Koperal Azfar

Tun Musa (dua dari kiri) menandah tangan dan mengaminkan bacaan doa yang disempurnakan oleh Pegawai Agama Istana Seri Kinabalu, Zulfauzi Awang Besar.

KOTA KINABALU:   Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman menziarahi jenazah Pegawai Pengiring Rapat Tuan Yang Terutama (TYT), Allahyarham Koperal Azfar Arshad.

Tun Musa yang diiringi Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda tiba di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth sekitar jam 8.30 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mengkabong, Tuaran pada jam 2 petang dan dihadiri rakan-rakan setugas serta waris termasuk balu serta dua anak lelaki masing-masing berusia enam  dan 10 tahun.

Koperal Azfar yang berasal dari Kota Marudu mula berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman pada 3 Jun 2012 sebelum dilantik sebagai Pegawai Pengiring Rapat TYT pada September 2019.

Dalam insiden kira-kira jam 7.50 pagi Isnin, Allahyarham Azfar yang menunggang motorsikal terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis pickup di Jalan Sulaman Kampung Laya-laya menyebabkan kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital terbabit.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama