![]() |
Anthony Loke, Setiausaha Agung DAP. |
Memetik sumber Malaysiakini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata kerjasama terbabit akan dibincangkan dalam mesyuarat rasmi.
"Ia (kerjasama) belum dimuktamadkan lagi dan belum ada yang rasmi, setakat ini. Kita akan putuskan kemudian. Ia bukan masalah.
"Kita akan bincang bentuk kerjasama yang akan diwujudkan menjelang PRN Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program penyerahan Bantuan Bencana Putra Heights oleh DAP, di LRT Putra Heights di sini, semalam.
Dalam perkembangan lain, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan pihaknya bakal bergabung dengan PH Sabah bagi mendepani PRN17 yang dijadualkan bakal diadakan bila-bila masa pada tahun ini.