TERKINI:

Kanak-kanak 12 tahun maut dibaham buaya di Lahad Datu

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai dibaham seekor buaya dalam kejadian di Jalan Dent Heaven, Kampung Tagupi, di sini pagi tadi. 

Mangsa ditemukan oleh ahli keluarganya bersama orang awam kira-kira jam 2 petang sebelum pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, hasil siasatan mendapati terdapat seorang saksi awam yang juga jiran mangsa melihat kanak-kanak itu ditarik seekor buaya ke dasar sungai ketika kejadian.

"Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan akibat gigitan buaya di bahagian belakang badan serta kaki mangsa.

"Sehubungan itu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada ketika menjalankan sebarang aktiviti di kawasan sungai atau laut, khususnya di lokasi yang berisiko mempunyai kehadiran buaya.

Menurutnya, langkah berhati-hati perlu diambil bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berulang.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Damsa Dahlan di talian 089-881255 atau hadir ke balai polis berhampiran," katanya


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama
SayangSabah FOLLOW