KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) memaklumkan pelaksanaan catuan bekalan elektrik secara berjadual di beberapa kawasan di seluruh Sabah susulan kekurangan kapasiti penjanaan dalam sistem grid negeri.
Sabah Electricity dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan, keadaan berkenaan berpunca daripada gangguan pada platform gas luar pesisir milik Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang telah menjejaskan bekalan gas kepada beberapa Penjana Kuasa Bebas (IPP), sekali gus mengurangkan kapasiti penjanaan elektrik di negeri ini.
Sabah Electricity berkata, langkah catuan itu merupakan sebahagian usaha pengurusan sistem bagi memastikan kestabilan grid elektrik negeri terus terpelihara sementara proses pemulihan kapasiti penjanaan dilaksanakan.
“Sabah Electricity memahami kesulitan yang akan dialami oleh pengguna akibat pelaksanaan catuan ini dan sedang berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan tempoh gangguan,” katanya.
Menurutnya, maklumat terkini mengenai kawasan yang terlibat serta perkembangan semasa akan dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi saluran rasmi Facebook Sabah Electricity Careline.
Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Sabah Electricity Careline di talian 15444.
“Sabah Electricity memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama semua pengguna. Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah yang sewajarnya sepanjang tempoh catuan bekalan dan mengikuti pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat,” tambahnya.