TERKINI:

PEWANIS Anjur Makan Malam Amal Sempena Ulang Tahun Ke-20

 

Noraini ketika ditemui media.

KOTA KINABALU: Persatuan Wanita Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (PEWANIS) akan mengadakan Majlis Makan Malam Amal sempena ulang tahun ke-20 penubuhannya.

Pengerusinya, Datin Noraini Bahari berkata, majlis berkenaan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa pada 25 Julai depan.

"Majlis ini bertujuan menghimpunkan warga pendidikan wanita disamping mengumpul dana bagi membantu kebajikan warga pendidik.

"Tujuan kunjungan hari ini adalah untuk menjemput isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Faridah Tussin ke Majlis Makan Malam Amal sempena ulang tahun ke-20 penubuhan PEWANIS, selain berhasrat menjadikan Toh Puan Faridah sebagai penaung kepada persatuan ini," katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Toh Puan Faridah di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.

Noraini (lima dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Toh Puan Faridah (tujuh dari kanan)


Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan antara aktiviti PEWANIS yang dilaksanakan ialah penganjuran bengkel pembangunan diri untuk pegawai wanita serta bengkel akademik bagi membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuat persediaan menghadapi peperiksaan.

"Selain menjaga kebajikan ahli, PEWANIS juga menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan guru dan pegawai wanita di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah," ujarnya.

PEWANIS ditubuhkan pada 12 April 2006 memainkan peranan memperkasa wanita di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah melalui pelbagai program pembangunan, kebajikan dan pendidikan.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama
SayangSabah FOLLOW