KOTA KINABALU: Sebanyak 11 daripada 12 rumah jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Kalansanan, Inanam di sini, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.20 malam.
Menurutnya, sepasukan anggota dari BBP Lintas dengan bantuan BBP Kota Kinabalu dan BBP Penampang segera digerakkan ke lokasi dan tiba kira-kira 10 minit kemudian.
"Hasil pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan 12 rumah jenis tidak kekal dengan keluasan keseluruhan 277.34 meter persegi.
"Daripada jumlah itu, 11 rumah terbakar 100 peratus, manakala sebuah lagi mengalami kemusnahan sebanyak 50 peratus," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan tiga aliran sepanjang 300 kaki dengan enam pancutan, membabitkan sumber air daripada tangki jentera, Water Tanker dan sumber terbuka iaitu sungai berhampiran.
Katanya, seramai 37 anggota bomba bersama pelbagai aset digerakkan bagi mengawal kebakaran sehingga api berjaya dikawal pada jam 10.48 malam.
"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.27 pagi selepas pasukan bomba memastikan lokasi berada dalam keadaan selamat.
"Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya