KOTA KINABALU: Pengguna aplikasi Sabah Smart Parking (SSP) dimaklumkan bahawa sistem berkenaan kini mengalami gangguan operasi sementara sehingga menyebabkan beberapa fungsi utama tidak dapat diakses.
DBKK Holdings Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan, gangguan itu memberi kesan terhadap beberapa perkhidmatan termasuk pembayaran caj parkir secara digital, semakan dan pembayaran kompaun serta pembelian Pas Parkir Bulanan dan tambah nilai kredit (top-up).
Menurut kenyataan itu, akses kepada perkhidmatan modul iBERSIH dan beberapa fungsi lain dalam aplikasi turut terjejas sepanjang tempoh gangguan berkenaan.
“Sepanjang tempoh gangguan ini, tindakan penguatkuasaan melalui pengeluaran kompaun tidak akan dilaksanakan.
“Segala usaha sedang dijalankan bagi memastikan aplikasi Sabah Smart Parking dapat beroperasi semula secepat mungkin,” katanya.
DBKK Holdings turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pengguna susulan gangguan berkenaan.
Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Pejabat Pengurusan Tempat Letak Kereta DBKK Holdings di Tingkat 1, KK Plaza Shopping Complex melalui talian 088-270181 atau 088-270182, atau telefon bimbit 012-7690181.
Pengguna dinasihatkan mengikuti pengumuman rasmi daripada DBKK Holdings bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai pemulihan sistem aplikasi tersebut.