KOTA KINABALU : Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) yang
baharu, Datuk Zainudin Aman mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua
Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.
Kunjungan berkenaan merupakan pertemuan rasmi pertama
Zainudin bersama Tun Musa selepas dilantik ke jawatan tersebut berkuatkuasa
hari ini.
Zainudin yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dilantik sebagai SKN baharu menggantikan Datuk
Seri Panglima Sr Safar Untong yang menamatkan perkhidmatannya pada 28 Jun
lepas.
