KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkenalkan Takwim Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) sebagai pendekatan baharu bagi membolehkan rakyat mengetahui lebih awal tarikh, masa dan lokasi penganjuran program itu di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan zon di seluruh negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, takwim yang diperkenalkan bermula tahun lalu itu memberi kemudahan kepada pengguna untuk merancang pembelian barangan keperluan lebih awal, sekali gus memanfaatkan sepenuhnya penawaran harga lebih rendah menerusi PJRM.
Menurut beliau, pendekatan itu merupakan antara lima penambahbaikan utama yang dilaksanakan kerajaan bagi memperkukuh Program Jualan Rahmah MADANI di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.
"Takwim PJRM memberikan maklumat awal kepada rakyat mengenai tarikh, masa dan lokasi penganjuran di setiap DUN serta zon di seluruh negara.
“Ini membolehkan mereka membuat perancangan pembelian dengan lebih teratur," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut beliau, selain memperkenalkan takwim, kerajaan turut menginstitusikan PJRM sebagai program tetap di bawah Belanjawan Persekutuan.
Kerajaan turut menetapkan sasaran pelaksanaan mengikut DUN dan zon bagi memperluaskan kerjasama dengan rakan strategik sektor peruncitan serta memperkenalkan pelbagai kaedah penganjuran termasuk secara bergerak dan bertema.
Kata Armizan, bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun tahun ini, sebanyak 15,881 siri PJRM telah dilaksanakan di seluruh negara meliputi kesemua 600 kawasan DUN serta 40 zon Wilayah Persekutuan.
“Kerajaan turut meningkatkan sasaran penganjuran PJRM kepada 30,000 siri bagi tahun ini berbanding sasaran asal 23,040 siri susulan pengumuman Perdana Menteri pada Mei lalu sebagai langkah intervensi bagi membantu rakyat menghadapi kesan krisis tenaga dan bekalan akibat konflik Asia Barat,” ujarnya.
Beliau berkata, pendekatan itu selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan lebih ramai rakyat mendapat akses kepada barangan keperluan pada harga berpatutan sekali gus membantu meringankan kos sara hidup.