KOTA KINABALU: Music Authors’ Copyright Protection (MACP) Berhad meneruskan komitmennya memperkukuh perlindungan hak cipta dan potensi ekonomi pencipta muzik di Sabah menerusi penganjuran Program MACP Jelajah Malaysia Timur 2.0 di Happy Place Restaurant, di sini, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MACP, Mary Yap berkata, program berkenaan merupakan sebahagian usaha berterusan untuk membangunkan ekosistem muzik yang lebih mampan dan komprehensif, khususnya di Malaysia Timur.
Menurutnya, ramai pencipta muzik masih belum memahami sepenuhnya hak ekonomi yang boleh diperoleh daripada karya mereka.
“MACP mahu memastikan tiada pencipta muzik yang tercicir daripada menerima hak ekonomi mereka. Karya muzik bukan sahaja mempunyai nilai seni, tetapi juga nilai ekonomi yang mampu menjana pendapatan kepada penciptanya,” katanya.
Sepanjang program itu, peserta diberikan penerangan mengenai peranan MACP dalam melindungi hak pencipta, proses pendaftaran karya, pengagihan royalti serta penggunaan portal rasmi MACP, myKarya.
Portal berkenaan membolehkan ahli mengurus pendaftaran karya, menyemak maklumat keahlian dan mengakses pelbagai perkhidmatan yang disediakan secara dalam talian.
Dalam pada itu, MACP turut mengumumkan dua kategori baharu khas untuk ahli dari Sabah dan Sarawak yang akan diperkenalkan pada Anugerah MACP 2026 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan pencipta muzik di Malaysia Timur.
Mary turut menjelaskan bahawa MACP memperkenalkan garis panduan baharu berkaitan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam industri muzik bagi memastikan hak pencipta terus dilindungi.
Katanya, hanya karya yang dihasilkan sepenuhnya oleh manusia layak menerima pengiktirafan, manakala penggunaan karya berhak cipta oleh syarikat AI perlu mendapat kebenaran serta pampasan yang sewajarnya kepada pemilik hak.
Sementara itu, Pengarah Malaysia Timur MACP, Roger Wang berkata, sambutan yang diterima di Sabah menunjukkan kesedaran dalam kalangan pencipta muzik tempatan mengenai kepentingan hak cipta semakin meningkat.
“MACP melihat potensi besar dalam kalangan pencipta muzik di Sabah dan akan terus melaksanakan program kesedaran secara proaktif bagi membantu mereka memahami kaedah melindungi karya masing-masing,” jelasnya.
MACP menyeru kerjasama berterusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi memperkukuh penguatkuasaan undang-undang hak cipta di Sabah.
Program itu turut mendapat kerjasama Universiti Malaysia Sabah dan Sabah Institute of Arts yang memberi peluang kepada pelajar serta bakat baharu mempamerkan karya dan menjalin rangkaian dengan pemain industri.
Program berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan Dabra Sia dan Hezron daripada kumpulan Atmosfera serta persembahan pelajar kreatif dari UMS dan Sabah Institute of Arts.
Bagi menggalakkan lebih ramai pencipta muzik menyertai MACP, syarat keahlian turut dilonggarkan dengan pemohon kini hanya perlu mempunyai satu karya yang dimuat naik ke platform penstriman dan mencapai sekurang-kurangnya 1,000 tontonan.
MACP berharap usaha berterusan menerusi jelajah ini dapat membantu lebih ramai pencipta muzik di Sabah memahami nilai sebenar karya mereka, sekali gus memastikan hak dan pendapatan daripada hasil kreativiti mereka terus terpelihara.