![]() |
| Pertandingan Perahu Berhias antara tarikan sambutan Pesta Kaamatan di Daerah Kecil Pagalungan. |
PAGALUNGAN : Kemudahan jaringan jalan raya yang semakin baik serta peningkatan liputan internet membolehkan penganjuran program berskala besar diadakan di daerah Pagalungan.
Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, transformasi pembangunan yang diusahakan untuk kawasan berkenaan kini dinikmati manfaatnya oleh masyarakat.
"Buat julung kalinya, Majlis Pelancaran Sambutan Kaamatan Nabawan dan Daerah Kecil Pagalungan diadakan di daerah ini yang mana mencerminkan keberhasilan pembangunan infrastruktur di kawasan pedalaman.
"Kemudahan jaringan jalan raya yang semakin baik serta peningkatan liputan internet membolehkan program berskala besar dianjurkan dengan lebih efektif demi kesejahteraan penduduk luar bandar.
"Transformasi pembangunan yang diusahakan kerajaan kini dinikmati masyarakat. Ini bukan sahaja menjadi tarikan pelancongan tetapi satu lonjakan ekonomi setempat yang menonjolkan adat budaya kita ke peringkat lebih tinggi," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Kaamatan Nabawan dan Daerah Kecil Pagalungan yang diadakan di Dewan Terbuka Daerah Kecil Pagalungan, pada Ahad.
“Pesta Kaamatan bukan sahaja melambangkan kesyukuran atas hasil tuaian, malah menjadi medium terbaik pertemuan kepada masyarakat Nabawan mengeratkan perpaduan dalam semangat kekeluargaan,” ujarnya.
Sementara itu, pertandingan Sugandoi menyaksikan Ivy Apang dinobat sebagai juara kategori terbuka membolehkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 berserta piala, sijil dan hamper selain turut merangkul Anugerah Persembahan Terbaik.
Tempat kedua dimenangi oleh Azirah Milya Jamil yang menerima wang tunai RM1,500 dan turut membawa pulang Anugerah Vokal Terbaik, manakala Scholestina Jubilik menduduki tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM1,000.
Bagi kategori Dazanak pula, Shira Ayumi Zainuddin muncul sebagai juara, disusuli Mikhaarthazalna Abdullah dan Adzin Izzan Azlie masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Pemenang Johan dan Naib Johan bagi kategori Terbuka dan Dazanak masing-masing akan mewakili Daerah Nabawan dan Daerah Kecil Pagalungan ke pertandingan peringkat negeri di Hongkod Koisan KDCA.
Bagi kategori Dazanak pula, Shira Ayumi Zainuddin muncul sebagai juara, disusuli Mikhaarthazalna Abdullah dan Adzin Izzan Azlie masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Pemenang Johan dan Naib Johan bagi kategori Terbuka dan Dazanak masing-masing akan mewakili Daerah Nabawan dan Daerah Kecil Pagalungan ke pertandingan peringkat negeri di Hongkod Koisan KDCA.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan, Marshal Anthony @ Idham; Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana, Agnes A. Bacon; Penolong Pegawai Daerah Kecil Pagalungan, Hasinin Kinsim serta wakil ADUN Nabawan, Musa Banaran.
.jpeg)