SANDAKAN: Mangsa kebakaran di daerah ini menerima bantuan hasil sumbangan awam serta sayap Pemuda, Wanita dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah menerusi satu misi kemanusiaan yang digerakkan secara bersama.
Pemangku Ketua Pemuda parti itu, Datuk Azrul Ibrahim berkata, bantuan yang disalurkan merupakan hasil sumbangan orang ramai serta usaha kolektif tiga sayap parti dalam membantu meringankan beban mangsa terjejas.
“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang telah menghulurkan bantuan.
“Tidak dilupakan juga kepada barisan pimpinan Pemuda, Wanita dan Beliawanis serta para sukarelawan yang bertungkus-lumus menjayakan misi bantuan ini,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, penyerahan bantuan yang berlangsung di Dewan Sibuga Jaya di sini, merupakan sebahagian daripada program Sentuhan Kasih Mangsa Kebakaran.
“Konvoi bantuan berkenaan terlebih dahulu dilepaskan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah, di perkarangan Lapangan Terbang Sandakan,” ujar beliau.
Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali, Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Redonah Bahanda serta Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat, Emmie Martin.
Inisiatif berkenaan dilihat sebagai satu semangat solidariti dan keprihatinan masyarakat dalam membantu golongan yang memerlukan, khususnya mangsa bencana kebakaran di daerah ini.