Jenazah Allahyarham Bung Moktar telah selamat dikebumikan

KOTA KINABALU: Jenazah Allahyarham Bung Moktar Radin telah selamat dikebumikan pada jam 2.15 petang tadi.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini. 

Suasana hiba menyelubungi kawasan perkuburan ketika van yang membawa jenazah tiba kira-kira jam 1.45 petang. 

Perjalanan terakhir Allahyarham diiringi dengan cuaca mendung, tangisan ahli keluarga, sahabat handai dan orang ramai yang hadir. 

Jenazah allahyarham selesai dikebumikan kira - kira pada jam 2.40 petang. 

Allahyarham yang merupakan Ketua UMNO Sabah telah disifatkan sebagai seorang pemimpin yang banyak menyumbang bakti di negeri ini. 

Sabah menerima khabar duka dengan pemergian Datuk Bung Moktar Radin di hospital swasta, pagi tadi.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama