Bung Moktar Radin meninggal dunia

KOTA KINABALU: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Makluman itu telah diumumkan oleh anak lelakinya, Naim Moktar yang mengatakan bahawa allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.46 pagi tadi.

“Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2026, jam 1.46 pagi. 

“Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,”katanya menerusi laman Facebook miliknya, pada Jumaat.

Bung Moktar Radin, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah dan tokoh politik berpengaruh dalam UMNO Sabah, pernah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Ahli Parlimen Kinabatangan selama beberapa penggal.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama