Beliau seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negeri - Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor hadir menziarahi allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin. 

Katanya, mewakili kerajaan negeri Sabah, beliau  merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham, yang disifatkan sebagai seorang pemimpin berjiwa besar dan banyak menabur bakti kepada negeri ini.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. 

“Beliau seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negeri, terutama di kawasan beliau,”katanya ketika ditemui, di sini, hari ini. 

Menurutnya, kehilangan Bung Moktar amat dirasai, lebih-lebih lagi selepas berita mengenai keadaan kesihatan Allahyarham yang kurang baik sebelum ini.

“Sebagai sahabat lama kita amat bersimpati dan mengingati beliau dalam keadaan baru-baru kita dengar sakit dan sekarang telah kembali ke rahmatullah.

“Saya amat sedih dan merakamkan rasa simpati serta takziah daripada saya, keluarga saya dan seluruh Kerajaan Negeri,”ujar beliau. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmy Yahya bersama adiknya, Shah Alfie Yahya turut hadir menziarahi jenazah.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama