![]() |
Gambar ihsan Bomba |
TAMPARULI: Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun maut selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 150 meter di Kampung Kionsom Baru, di sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.14 malam melalui talian MERS 999.
Sepasukan sepuluh anggota bersama dua jentera segera dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, kami mendapati mangsa dipercayai terjatuh ketika dalam perjalanan menuju ke kebun.
"Pasukan bomba bertindak menurunkan anggota untuk mengangkat mangsa dari dasar gaung," katanya.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan KKM.
Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Operasi tamat sepenuhnya pada 10.40 malam selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian," ujarnya lagi.