Mandi-manda berakhir tragedi, remaja lemas di Simpang Mengayau

Gambar ihsan Bomba

KUDAT: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemui maut selepas dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama keluarganya di Pantai Simpang Mengayau, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Darickson Galanang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.28 tengah hari.

Sebuah jentera bersama lapan anggota segera digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 25 kilometer.

"Setibanya di lokasi, terdapat seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas.

"Pasukan penyelamat kemudian menemui mangsa pada jam 1.05 tengah hari, kira-kira 400 meter dari tepi pantai,” katanya.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada jam 1.43 tengah hari sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2 petang.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama