![]() |
Rosli ketika ditemui media. |
Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Rosli Isa menyatakan komitmen tersebut dilaksanakan menerusi Mesyuarat Perhubungan Persekutuan Negeri Sabah yang diadakan tiga bulan sekali untuk menyelaraskan segala usaha untuk menyelesaikan apa juga isu yang belum diselesaikan.
"Sebagai tanda sokongan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah mewakili semua jabatan dan agensi Persekutuan di negeri ini, kita akan terus mendukung, membantu Kerajaan Negeri Sabah dalam melaksanakan, merealisasikan misi Kerajaan Negeri Sabah SMJ di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah dan kerajaan negeri keseluruhannya.
"Platform yang kita gunakan ialah Mesyuarat Perhubungan Persekutuan Negeri Sabah yang kita adakan sebanyak tiga bulan sekali dan mesyuarat terakhir kami akan diadakan pada 25 hari bulan ini, hari Isnin nanti. Di situlah platform yang kita gunakan untuk mencari jalan penyelesaian apa-apa isu yang belum diselesaikan.
"Saya nampak sedikit sebanyak Kerajaan Persekutuan berterusan membantu Sabah dalam menjaga misi, di samping itu misi untuk pelaksanaan kerajaan Madani yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri yang mempunyai satu misi yang amat baik untuk manusiawi untuk melakukan adil kepada semua pihak lebih-lebih lagi di Sabah yang melibatkan pelbagai kaum dan sebagainya.
"Oleh sebab itu, isu-isu dan keperluan-keperluan yang setiap kami akan memikirkan memastikan supaya rakyat Sabah ini tidak terpinggir dan sekiranya ada kekurangan, kita sentiasa akan memohon, mendesak supaya peluang ini diberikan kepada rakyat Negeri Sabah khususnya," jelas beliau kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman, pada Jumaat.
Tambahnya, secara keseluruhannya, penjawat awam persekutuan di Sabah berjumlah kira-kira 128 ribu orang dengan 167 jabatan agensi dan badan berkanun.
Rosli yang merupakan anak jati Perak mula berkhidmat di Sabah sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah pada 9 September tahun lepas akan bersara pada 26 Ogos ini.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)