Tun Musa santuni Hamsan di KPJ Sabah

 

Tun Musa (tiga dari kanan) diiringi Awang Kadin (kanan) ketika melawat Hamsan - ihsan Jabatan Penerangan Sabah


KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menyantuni Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain yang kini semakin stabil.

Beliau yang diiringi Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Datuk Awang Kadin Tang meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat Hamsan dan isteri, Datin Kalsom Abd Aziz di KPJ Sabah Specialist Hospital, hari ini.

Rabu lalu, Hamsan dimasukkan ke wad hospital berkenaan akibat serangan jantung.

( JABATAN PENERANGAN SABAH )



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama