![]() |
"Operasi menyelamat dimulakan dengan anggota bomba lengkap berpakaian PPE menyeberangi sungai menggunakan tali bagi menyelamatkan mangsa," Foto ihsan Bomba |
KOTA MARUDU: Seorang lelaki melalui detik cemas selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandunya hanyut dibawa arus deras ketika cuba menyeberangi jalan konkrit di sebuah sungai di Kampung Sungai Simpangan, Kota Marudu, petang tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Mohd Hasbi Hajat, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5:20 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 11 minit kemudian.
"Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati mangsa berada dalam keadaan selamat di atas bumbung kereta yang telah dihanyutkan oleh arus deras.
"Operasi menyelamat dimulakan dengan anggota bomba lengkap berpakaian PPE menyeberangi sungai menggunakan tali bagi membawa mangsa ke kawasan selamat," katanya.
Operasi berkenaan melibatkan lapan anggota dengan sebuah jentera FRT itu berjaya memastikan mangsa diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.
"Operasi tamat pada jam 6.08 petang selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian," katanya lagi.