2 maut, 1 cedera kemalangan motosikal dan pejalan kaki di Alam Mesra

Kemalangan motosikal dan pejalan kaki yang meragut dua nyawa di Alam Mesra pada malam Khamis. 


KOTA KINABALU: Dua individu maut manakala seorang lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dan seorang pejalan kaki di kawasan Alam Mesra, berhadapan restoran Borinos Fried Chicken, malam tadi.

Mangsa, penunggang motosikal, seorang lelaki, 25 tahun dan pejalan kaki, lelaki, 43 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi memaklumkan bahawa kemalangan dilaporkan berlaku pada jam 8.44 malam, dan pasukan bomba bergegas ke lokasi 5 kilometer dari balai.

“Manakala, seorang lagi mangsa, pembonceng motosikal, seorang lelaki berusia 23 tahun, mengalami kecederaan dan diberi rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke hospital oleh pasukan perubatan KKM,” katanya dalam satu kenyataan bomba.

Menurut Agustavia, pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kematian dua mangsa di tempat kejadian, dan mayat mereka telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi penyelamatan berjalan lancar dan setelah memastikan tiada bahaya lain, pihak bomba menamatkan operasi pada jam 11. 48 malam.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama