Pengerusi PH: Pihak tidak puas hati, boleh tunggu dua tahun lagi - Ewon

 

Datuk Ewon Benedick


PENAMPANG: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick menegaskan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati terhadap pelantikannya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah baharu boleh menunggu pemilihan seterusnya dalam tempoh dua tahun akan datang.

Menurutnya, beliau ingin memberi tumpuan penuh untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

"Saya fikir rakan-rakan saya dalam PH sudah memberi ulasan dan saya tidak berhasrat (untuk mengulas lebih lanjut) i want to move on. Saya mahu melaksanakan mandat yang diberikan kepada saya sebaik-baiknya.

"Sekiranya masih ada yang tidak berpuas hati, maka dalam tempoh dua tahun itu bolehlah dibawa semula dalam pemilihan nanti. Saat itulah masa yang sesuai untuk menilai kepimpinan saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Krismas Ahli Parlimen Penampang bertempat di Buhavan Square, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, baru-baru ini sebuah portal berita tempatan melaporkan jawatan Pengerusi PH Sabah seharusnya menjadi milik parti berkenaan berdasarkan formula dipersetujui dan dipatuhi semua komponen.

Berdasarkan sumber dari seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata jawatan terbabit tidak sepatutnya tidak dipertandingkan dan pemilihan awal bulan ini julung kali diadakan sejak PH Sabah dibentuk pada 2017.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama