Sarawak bakal muktamadkan pembelian MASwings bulan depan


Foto google. 

KUCHING: Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli bagi syarikat penerbangan serantau MASwings pada bulan depan, menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Memetik laporan Bernama, Abang Johari berkata bahawa syarikat penerbangan baharu itu akan memainkan peranan penting dalam mempromosikan Sarawak kepada pelancong serta komuniti perniagaan di dalam dan luar negara.

"Dengan lapangan terbang yang dibangunkan dengan baik, keseluruhan ekosistem di Sarawak akan bersedia, membolehkan kita berdaya saing dengan destinasi lain.

"Matlamat ini dijangka dapat dicapai menjelang 2035 sambil kita terus mencapai kemajuan dalam pembangunan bidang lain," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Sarawak di sini, malam tadi.

Terdahaulu, Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, pada sidang DUN Sarawak mengumumkan kajian kebolehlaksanaan bagi cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching sedang dijalankan. 

Katanya, lapangan terbang baharu itu akan meningkatkan kapasiti penumpang sehingga 15 juta setahun, yang akan menjadikan Kuching sebagai hab penerbangan serantau bertaraf antarabangsa.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama