![]() |
Foto ihsan Bomba |
MEMBAKUT– Lima buah rumah di Jalan Kampung Jambatan Baru, Membakut mengalami kebakaran awal pagi tadi, dengan tiga daripadanya terbakar sepenuhnya di sini, pagi ini.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah bin Nenggok,Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, panggilan kecemasan diterima pada pukul 4:40 pagi.
Pasukan bomba dari BBP Beaufort tiba di lokasi kejadian pada pukul 4:59 pagi, dengan bantuan tambahan dari BBP Kimanis.
"Tiga rumah jenis separuh kekal berkeluasan 30 x 40 dan 45 x 50 kaki masing-masing terbakar 100%.
"Manakala dua rumah lain, satu jenis kekal dan satu separuh kekal berkeluasan 20 x 30 kaki, berjaya dikawal dan dipadamkan, dengan kerosakan sekitar 20%," katanya.
Operasi pemadaman melibatkan 14 anggota serta menggunakan dua aliran sejauh 200 kaki serta empat pancutan dengan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran.
Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 5:49 pagi, dan tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini.
Operasi ditamatkan pada pukul 7:41 pagi, setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi.