![]() |
Operasi memadamkan kebakaran dijalankan oleh pasukan bomba |
SANDAKAN: Sebuah rumah tidak berpenghuni musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Lorong Rajawali 4, Taman Rajawali pada tengah malam, Sabtu
Komander Operasi, Rosemidian@Rosdi Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.23 pagi.
Susulan panggilan itu katanya, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan telah diarahkan ke lokasi yang berada sejauh 10 kilometer dari balai.
"Dilaporkan kejadian kebakaran sebuah rumah tidak berpenghuni jenis tidak kekal yang berkeluasan 20×20 kaki persegi, terbakar 100 peratus.
"Operasi pemadaman menggunakan satu aliran satu pancutan 100 kaki sumber air dari tangki jentera.
"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian kebakaran," katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Sabtu.
Operasi memadamkan api ditamatkan selepas selesai semua kerja-kerja pada pukul 1.03 pagi.