![]() |
Joachim (tengah) merakam kenangan bersama penduduk kampung |
Semasa lawatan tersebut, Joachim bersama jentera pentadbiran DUN Kundasang telah membuat tinjauan tapak mini dewan Kampung Gusi yang bakal dibina pada tahun ini.
Beliau turut menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk kampung itu.
Seterusnya, Joachim turut merasmikan balai raya baharu di Kampung Agan.
Selain itu, Joachim turut hadir dalam Majlis Bersama Pemimpin di Kampung Karagasan dan menyeru semua pemimpin tempatan di situ agar bekerjasama untuk memastikan kestabilan pembangunan.
"Saya harap agar semua Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terus bekerjasama dengan Unit Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Kundasang dalam semua aspek berkaitan termasuk bagi memastikan kestabilan politik," katanya.
Joachim turut menzahirkan rasa terima kasih kepada penduduk di atas sokongan yang diberikan kepada usahanya bagi kawasan itu dan berharap agar penduduk terus menyokong usaha pembangunan dan memberi kepercayaan berterusan untuk Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) nanti.
"Saya menyarankan penduduk kampung di PDM itu untuk menyokong siapa sahaja yang akan dicalonkan untuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN17, kerana kita akan terus bekerja untuk negeri ini," katanya lagi.
Joachim dalam pada itu tutrut menolak tohmahan yang mendakwa beliau hanya muncul pada waktu pilihan raya sahaja dan menjelaskan bahawa beliau sudah beberapa kali mengadakan lawatan ke PDM itu.
"Kerajaan telah banyak melaksanakan projek pembangunan untuk manfaat rakyat di DUN Kundasang seperti bekalan eletrik, projek jalan raya yang sedang berjalan menuju ke SMK Ulu Sugut/ PDM Kaingaran dan ke Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Kampung Mansalu serta bekalan air bersih sejak menjadi wakil rakyat di DUN Kundasang.
“Pembangunan seperti ini akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri sekarang yg diterajui oleh GRS," jelasnya lagi.
Joachim turut menyerahkan sumbangan enjin bot kepada Pengerusi JKKK Kampung Agan, Kampung Namaus, Kampung Gusi dan Kampung