Jengkaut terbakar di Kinabatangan


Jengkaut terbakar di Kinabatangan


KINABATANGAN: Sebuah jentera jengkaut terbakar di Lebihasil Sdn. Bhd., Kampung Tamoi di sini petang Selasa.

Komander Operasi, PBK II Jasmani Osni berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan di talian balai pada pukul 4.09 petang Selasa.


"Sejurus selepas menerima panggilan kecemasan, seramai tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Anggota tiba di lokasi kejadian pada pukul 6.54 petang kerana jarak dari balai ke lokasi adalah 150kilometer dan kerja-kerja memadamkan kebakaran dilakukan dengan segera," katanya.

Operasi memadamkan kebakaran selesai pada pukul 7.39 malam.


Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama