![]() |
Bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman api semasa kebakaran |
KOTA KINABALU: Satu kebakaran melibatkan dua buah bilik dan sebuah tandas dengan keluasan 20x30 kaki persegi berlaku di Kenyalang Bayu Hostel, Blok D, bangunan KK Times Square pada petang Khamis.
Komander Operasi, PBK II KUP Adanan Sapawi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.32 petang.
"Seramai 24 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi selepas kami menerima panggilan kecemasan MERS999.
"Anggota tiba di lokasi pada pukul 5.37 petang dan mendapati bahawa laporan kebakaran yang diterima adalah melibatkan bilik sewa di tingkat tiga, bangunan itu," katanya dalam sebuah kenyataan, petang Khamis.
Menurut beliau lagi,operasi memadamkan kebakaran dijalankan dan terkawal pada pukul 6.52 petang.
Operasi yang turut disertai tiga anggota polis itu selesai pada pukul 7.52 malam dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.