Honda Jazz terbakar, suami isteri cedera

Pasukan bomba sedang memadamkan kebakaran


KOTA KINABALU: Sebuah kenderaan Honda Jazz terbakar sepenuhnya dalam sebuah kejadian yang berlaku di Lorong Ria 1, Taman Ria Fasa 1.


Komander Operasi, PBK II Wilfred Sulai berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pkul 5.42 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.


"Selepas menerima panggilan kecemasan MERS999, seramai tujuh orang anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dikejarkan ke lokasi bersama sebuah jentera FRT.


"Anggota yang tiba di lokasi pada pukul 5.49 petang menjalankan operasi memadamkan kebakaran dan api berjaya dikawal serta operasi selesai pada pukul 6.50 petang tadi," katanya dalam sebuah kenyataan di sini, petang Khamis.


Menurut beliau lagi, dua mangsa warga emas berumur dalam lingkungan 60an, dikenalpasti sebagai suami isteri, cedera.


"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba," ujarnya lagi.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama