PM Perlu Jelaskan Segera Tentang Isu Kenaikan Harga Runcit Produk Petroleum Mulai 1Julai

 


KOTA KINABALU : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa memberi penjelasan segera mengenai kesahihan laporan kenaikan harga runcit produk petroleum mulai 1 Julai ini agar rakyat Malaysia tidak panik dan beratur panjang untuk membeli barangan keperluan itu di stesen minyak sepertimana yang pernah berlaku beberapa tahun lalu.

Naib Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Junz Wong berkata orang ramai amat terkesan dengan peningkatan harga barangan keperluan seharian di pasaran seperti ayam dan minyak masak, dan kini timbul pula isu kenaikan harga minyak petrol yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia dan menjadi topik utama di media sosial.

“Kami menggesa agar Perdana Menteri mengumumkan kesahihan berita ini dan menjelaskan isu ini dengan segera agar rakyat Malaysia tidak panik dan beratur panjang untuk membeli minyak di stesen-stesen minyak seperti beberapa tahun sebelumnya.

“Diharap pihak kerajaan dapat menangani isu ini dengan bijaksana bagi mengelak sebarang kemungkinan yang akan berlaku sekiranya isu ini tidak di jelaskan dengan terperinci,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber : Borneotoday


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama