Kerajaan perlu naiktaraf jalan-jalan utama di Tawau - Suryady

 


TAWAU: Kerajaan perlu menaiktaraf jalan-jalan utama di Perbandaran Tawau bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing ketika masa-masa puncak.

Cadangan itu bakal disuarakan oleh Adun N.71 Tanjung Batu, YB Andi Muhammad Suryady bin Bandy di persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan berlangsung pada julai depan.

Menurut beliau, laluan tambahan khususnya di Jalan Utara dan Jalan Kuhara perlu dibina bagi memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya selain bakal memberikan kesan positif untuk jangka masa panjang bagi Daerah Tawau.

"Saya akan menyuarakan perkara ini bersama-sama rakan-rakan di Dewan Undangan Negeri kelak dan kita mengharapkan pihak kerajaan peka dan mengambil perhatian terdapat isu ini." katanya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah ditemui pemberita ketika merasmikan program Pertandingan Futsal di Kg. Pukat, Tawau.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama