26 Septmeber Cuti Umum Khas Sabah

 


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memutuskan 26 September 2020 sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi membolehkan rakyat Sabah menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dalam kenyataannya berkata, perinsytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Sabah (Sabah Bab 56).


Katanya, orang ramai sekali lagi diingatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Negeri Sabah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pihak berwajib.

"Nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hendaklah dijadikan satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian.

"Elakkan 3S dengan menjauhi kawasan sesak, sempit dan sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat," katanya di sini semalam.

Beliau turut menyarankan supaya mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, memakai pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala, dan mematuhi amaran dari KKM.-Siti Aisyah Narudin

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama