![]() |
JONISTON |
KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihaknya akan bergabung dengan Parti Warisan Sabah (WARISAN) Plus untuk menubuhkan kerajaan baharu.
Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai berkata, dakwaan terbabit mula ditularkan di media sosial berikutan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi.
Beliau menegaskan, PBS sebagai rakan kongsi Gabungan Rakyat Sabah, (GRS) tetap kekal bersama rakan sekutunya iaitu Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).
PBS berjaya memenangi tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN iaitu Matunggong, Tamparuli, Kiulu, Tandek, Lumadan, Kundasang, dan Telupid.
Joniston mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu dengan majoriti sebanyak 1,221 undi.-Siti Aisyah Narudin