Dua Wanita Terbabit Aktiviti Loteri Haram, Judi Dalam Talian Ditahan

 



Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Dua wanita yang giat menjalankan aktiviti perjudian haram berjaya ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan kira-kira jam 6 petang dijalankan semasa pelaksanaan Ops Tapis selepas mendapat maklumat awam serta hasil risikan di Jalan Kompleks Sinsuran.

"Tangkapan pertama membabitkan seorang wanita berumur 51 tahun yang dipercayai giat menjalankan aktiviti pertaruhan loteri awam tanpa lesen di kawasan ini.

"Semasa penahanan suspek, polis merampas telefon bimbit, mesin pencetak mini, kertas putih serta wang tunai RM230," katanya.

Beliau berkata, dalam operasi sama juga pihaknya berjaya memberkas seorang lagi wanita yang turut dikesan terlibat dalam aktiviti judi atas talian.

Tambahnya, polis merampas telefon bimbit, wang tunai sebanyak RM34 untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1963 dan Seksyen 4(1)(c) akta sama.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan aktiviti perjudian tanpa lesen digesa memberikan kerjasama menyalurkan maklumat untuk tindakan pembanterasan khususnya di sekitar pusat bandar," katanya.

  •  -oleh 

  • Disiarkan pada:

    Terbaru Lebih lama