Panorama Gunung Kinabalu Tetap Tersergam Indah

PANORAMA: Gunung Kinabalu dilihat dari pekan Kundasang.


KUNDASANG: Meskipun di lereng kawasan kakinya masih kelihatan semacam dicakar akibat gempa bumi yang berlaku 5.6.2015, namun panorama Gunung Kinabalu tetap tersergam indah.

Gunung setinggi 4,095 meter dari aras laut itu tetap menjadi lambang kemegahan rakyat Malaysia khususnya  penduduk negeri Sabah, sebagai destinasi  pelancongan utama  bukan sahaja di Asia Tenggara malah peringkat antarabangsa.

Namun pengunjungnya (pendaki) agak berkurangan sejak penularan pandemik COVID-19 yang kini masih menjadi wabak seluruh dunia.

Tinjauan penulis ke pekan Kundasang mendapati, hanya pengunjung tempatan yang ramai dan belum ada pelancong luar negara.

Para pengunjung yang sempat ditemui, masing-masing mengakui tindakan kerajaan menguatkuasakan pemakaian pelitup separuh muka dan mengamalkan penjarakan sosial 1 meter antara individu adalah bertujuan baik sebagai  usaha memutuskan rantaian COVID-19.

"Kita jaga kita,  kita Jaga keluarga dan masyarakat perlu diamalkan semua pihak," jelas Yanie Ismail 30, pengunjung dari Kuala Lumpur._Utusan Borneo


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama