Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, ketiga-tiga lelaki berumur 30-an ditahan di sekitar kawasan ini tengah hari kelmarin oleh sepasukan polis dari BSJN IPD Papar.
"Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar dan ketika diperiksa didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
"Dua daripada suspek turut didapati mempunyai dadah jenis syabu seberat 5.34 gram," katanya.
Batholomew berkata, ketiga-tiga suspek ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1), Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, usaha pembanterasan dadah akan dilaksanakan dari semasa ke semasa dan orang ramai yang mempunyai sebarang meklumat berkaitan dadah diminta menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.-Utusan borneo