Jalur lebar: TM Sabah perlu 3 tahun



KOTA KINABALU:
 Pengarah Wilayah Telekom Malaysia Bhd (TM), Sabah Datuk Mohd Sanal Mohd Amin berkata pihaknya memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga tahun lagi untuk memastikan semua kawasan luar bandar di negeri ini menikmati perkhidmatan jalur lebar. 

Beliau berkata pihaknya sedang melaksanakan kerja-kerja menukar talian tembaga kepada gentian optik untuk mempertingkatkan lagi capaian internet negeri. 

“Masalah capaian internet masih menjadi satu cabaran bagi TM Sabah kerana kita perlukan masa bagi mengantikan talian ‘copper’ kepada ‘fiber optik’ dan ia dilaksanakan secara berperingkat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pelancaran perkhidmatan jalur lebar Unifi TM berkelajuan tinggi di Pusat Internet Malaysia, Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas, Jumaat.

Beliau berkata orang ramai boleh boleh terus menggunakan perkhidmatan pusat Internet desa sebagai wadah kearah hidup kebiasaan baharu di samping pembelajaran atas talian. 

“Sebagai tulang belakang telekomunikasi negara, TM dalam memberikan khidmat agar masyarakat yang berada di luar bandar turut menikmati kemudahan internet kerkelajuan tinggi,” katanya.-Harian Ekspres

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama