KINABATANGAN: Seorang pemandu lori berusia 48 tahun maut selepas tersepit di bawah bahagian kepala lori lapan tan yang dipandunya dalam kemalangan di Kampung Paris 2, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian itu, seorang lagi lelaki berusia 43 tahun yang turut berada dalam lori berkenaan mengalami kecederaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Suriyadi Darwis, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.16 pagi sebelum sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 40 kilometer dari balai.
"Setiba di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah lori lapan tan dipercayai terbabas sendiri dan terdapat dua mangsa tersepit di dalam kenderaan.
"Seorang mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, seorang lagi mangsa didapati tersepit di bawah bahagian hadapan lori yang menghempapnya.
Katanya, operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan khas dengan bantuan sebuah jentera jengkaut bagi mengangkat bahagian hadapan lori sebelum mangsa berjaya dikeluarkan.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai KKM sebelum mayatnya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
"Operasi yang turut membabitkan anggota PDRM dan KKM itu tamat sepenuhnya pada jam 7.30 pagi," katanya.