SANDAKAN: Dua rumah jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Melayu Batu 8, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 6.17 pagi sebelum sepasukan 13 anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi.
Katanya, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 6.30 pagi dan mendapati kebakaran membabitkan dua rumah berukuran 30x40 kaki serta 30x30 kaki yang terbakar sepenuhnya.
"Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran dengan dua pancutan sepanjang 100 kaki, dengan sumber air diperoleh daripada jentera bomba.
"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.46 pagi dan kerja-kerja pemadaman serta pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca api masih diteruskan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.
"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya