JAS Sabah lancar operasi kekang asap hitam sempena Hari Ozon


KOTA KINABALU: Jabatan Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini, melancarkan Operasi Kenderaan Bermotor Kebangsaan bersempena Sambutan Hari Ozon peringkat negeri Sabah.

Ketua Pengarah JAS Sabah, Nor Rashidah Mohd Ghazali berkata, operasi yang dilaksanakan di sepanjang jalan Tun Fuad, Taman Awam Likas itu bertujuan bagi mengekang pelepasan asap hitam yang mencemarkan kualiti udara.

“Kita laksanakan adalah untuk memastikan kenderaan bermotor di negeri Sabah terutamanya, mematuhi pengawayan lepasan asap, bunyi bising dan juga pengendalian bahan penipu ozon.

“Selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelaksanaan Operasi Kenderaan Bermotor Kebangsaan bersempena Hari Ozon Peringkat Negeri Sabah, di sini, pada Isnin. 

Menurutnya, sepanjang operasi, puluhan kenderaan telah diperiksa dan beberapa tindakan telah diambil terhadap kenderaan yang gagal mematuhi peraturan sedia ada.

“Hari ini, JAS telah memeriksa 40 kenderaan diesel dan 56 motosikal. Hasilnya, empat kenderaan diesel dan enam motosikal didapati tidak mematuhi peraturan. 

“Susulan itu, JAS mengeluarkan tujuh kompaun dan lima notis arahan. PDRM Trafik pula mengeluarkan 14 saman, manakala JPJ mengeluarkan 80 notis. 

“Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) juga telah menjalankan 30 pemeriksaan dan kesemuanya lulus,”jelasnya.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama