![]() |
GIMIK...Tun Musa (lima dari kanan) menyempurnakan gimik perasmian. |
KOTA KINABALU : Tiga Tokoh Pejuang Negeri menerima penghargaan atas penglibatan mereka dalam menuntut kemerdekaan bagi Sabah.
Antara tokoh-tokoh yang menerima penghargaan tersebutTun Datuk Mohd Fuad Stephens, Tun Datuk Mustapha Datuk Harun dan Datuk Gunsanad Samson Sundang @ G.S Sundang yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di hadapan Kira-kira 35 ribu pengunjung hadir memeriahkan Sambutan Hari Sabah 2025, pada Ahad.
Sambutan yang diadakan di Padang Merdeka diserikan dengan persembahan daripada Persatuan Seni Silat PESAKA dan tarian daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Mutiara, Kota Kinabalu selain deklamasi sajak dan Hiis serta tarian tradisi serta pertunjukan bunga api sebagai acara kemuncak sambutan.
Terdahulu, upacara pemasyhuran bagi Sambutan Hari Sabah 2025 disempurnakan oleh Tun Musa dengan diiriingi oleh tetamu kehormat yang hadir pada sambutan itu.
Sambutan yang diadakan di Padang Merdeka itu diserikan dengan kehadiran, Toh Puan Faridah Tussin.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya, Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam dan Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri-Menteri Kabinet, Pembantu-pembantu Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.
(JABAAN PENERANGAN SABAH)