![]() |
Musa (empat dari kanan) membaca surah Yasin bersama para jemaah. |
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman hadir ke Majlis Bacaan Doa Selamat sempena sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah (HKHS) 2025.
Majlis yang diadakan di Masjid Bandaraya itu dihadiri oleh lebih 5,000 jemaah dan dimulakan dengan bacaan Surah Yasin yang diketuai Imam Besar Masjid Negeri Suhaidi Kuanting.
Seterusnya, Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar memimpin bacaan doa selamat bersama para jemaah yang hadir termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
Khutbah Jumaat bertajuk "Perpaduan Ummat Tunjang Negara Merdeka" pula dibacakan Bungsu sebelum Suhaidi mengimamkan Solat Jumaat dan Solat Sunat Hajat sempena kedua-dua sambutan tersebut.
Turut hadir dalam majlis tersebut Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Panglima Kadzim M.Yahya, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir. Shahelmey Yahya,dMenteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Datuk Dr. Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kepada Ketua (Hal Ehwal Agama) Menteri Datuk Roslan Muharam dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)