Lelaki maut kenderaan terjunam ke bawah jambatan di Inanam

Foto ihsan Bomba 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke bawah jambatan setinggi 10 meter di Jalan Kionsom, Kampung Kitobu, Inanam awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 3.09 pagi.

Sepasukan lapan anggota segera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari balai.

“Sebaik tiba, didapati sebuah kereta jenis Perodua Axia telah terbabas sendiri dan jatuh ke bawah jambatan.

"Seorang mangsa lelaki dewasa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya.

Pasukan bomba kemudian bertindak mengangkat mayat mangsa menggunakan basket stretcher sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.03 pagi selepas keadaan disahkan selamat," ujarnya lagi.






Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama