15 September cuti umum tambahan sempena Hari Malaysia

 

KUALA LUMPUR: Tarikh 15 September akan datang diumumkan sebagai hari kelepasan am tambahan sempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan perkara itu berkata hari kelepasan terbabit adalah bagi menghargai ukhuwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia. 

Katanya, ia juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara.

"Ini mudah-mudahan dapat meningkatkan ukhwah, perpaduan dan mengingatkan kita kehebatan pemuka bangsa dalam mengusulkan pembentukan Malaysia negara tercinta," katanya

Beliau berkata demikian pada Pengumuman Penghargaan untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung, hari ini.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama