![]() |
Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata perjuangan BN selama ini terbukti menerusi pelaksanaan dasar dan pembangunan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat negeri ini, bukan sekadar janji yang tidak berkesudahan.
Katanya, ini bukan slogan kosong kerana BN perjuangkan hak rakyat Sabah melalui dasar dan pembangunan yang nyata, bukan janji semata, tetapi pelaksanaan,” katanya.
Salleh turut menegaskan bahawa BN berbeza dengan pihak lain yang hanya bergantung kepada sentimen untuk meraih sokongan.
“Kita tidak datang dengan wang, tapi dengan semangat dan kerja keras. Itu yang membezakan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Radu Tatap Radu anjuran UMNO Bahagian Papar di Benoni, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata BN Sabah sentiasa bergerak seiring dengan hala tuju Kerajaan Perpaduan dan memainkan peranan penting dalam memastikan suara rakyat Sabah terus mendapat perhatian di peringkat nasional.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Yakub Khan; Ketua UMNO Bahagian Tenom, Datuk Ramie Unggi; Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, Datuk Tamin Zainal; serta Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.