Komander Kesatria UiTM Ungguli Kategori IPTA

KOTA KINABALU:   Komander Kesatria UiTM mengungguli kategori Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam Pertandingan Perbarisan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-74 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Sementara, naib juara disandang oleh Petronas Briged Bomba dan Penyelamat Kimanis Petroleum Training Centre manakala di tempat ketiga ialah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut.

Turut menjuarai bagi kategori masing-masing, Sekolah Kebangsaan Sembulan Kota Kinabalu bagi kategori Sekolah Rendah, Kadet Koreksional Negeri Sabah bagi kategori Sekolah Menengah Kebangsaan serta Majlis Belia Sabah untuk kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Sebanyak 78 Kontinjen menyertai istiadat perbarisan melibatkan lapan kategori termasuk Kategori Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta, pelajar sekolah, pertubuhan etnik dan NGO.

Pemenang Johan, Naib Johan dan tempat ketiga setiap kategori masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500 ,RM1,300 dan RM 1,000 beserta piala iringan dan sijil.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama