35 rumah setinggan dirobohkan di Kota Kinabalu

Anggota IPD KK  dan pelbagai agensi-agensi kerajaan turut bersama-sama melaksanakan OPS tersebut. 


KOTA KINABALU: Sebanyak 35 buah rumah sekitar daerah Kota Kinabalu berjaya dirobohkan menerusi Operasi Perobohan Koloni Setinggan Siri 2/2025, di sini, Khamis lalu. 

Polis Kota Kinabalu dalam kenyataan berkata, rumah-rumah yang dirobohkan ini didapati dibina secara haram yang menimbulkan risiko keselamatan serta menjejaskan kesejahteraan penduduk setempat.

“Langkah ini bukan sahaja bertujuan membanteras penempatan haram tetapi juga mengelakkan kawasan tersebut daripada menjadi lokasi kegiatan jenayah, penempatan pendatang tanpa izin (PTI), penyalahgunaan dadah, serta pelbagai gejala sosial lain,” katanya menerusi satu kenyataan di laman media sosial rasmi milik IPD Kota Kinabalu. 

PDRM IPD Kota Kinabalu turut menekankan bahawa operasi sebegini akan diteruskan secara berperingkat bagi memastikan Kota Kinabalu kekal bebas daripada sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang. 

“Kerjasama erat antara pihak berkuasa dan masyarakat amat penting dalam menjayakan usaha ini,” tambahnya. 

Operasi bersepadu ini turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, termasuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU), serta Jabatan Ketua Menteri (JKM). 

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama