Cegah wabak Bubonik sebelum terlambat

BARLIANTA

LAHAD DATU: Wabak Bubonik perlu diberi perhatian kerana mampu membunuh dalam masa 24 jam jika tidak dirawat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluarkan amaran itu berikutan laporan dua adik beradik meninggal di Utara China akibat wabak itu.

Seramai 146 individu yang mempunyai kontak rapat dengan mangsa juga telah diasingkan dan menerima rawatan di hospital.

Bagi Barlianta Abdul Hakim, perkembangan itu memberi isyarat kepada kerajaan untuk mengambil tindakan pencegahan.

"Mencegah itu lebih baik dari merawat jadi sebelum ianya memberi kemudaratan kepada rakyat, kerajaan perlu bertindak segera," katanya.

Menurutnya, meskipun Malaysia memiliki pengalaman pengendalian pencegahan wabak pandemik COVID-19 yang baik namun wabak Bubonik wajar diberi perhatian.

Katanya, segala keputusan yang berkaitan dengan dasar buka pintu pengunjung dari luar negara antara langkah pencegahan yang relevan untuk dipertingkat.

"Kita perlukan polisi terbaik untuk menghadapi keberangkalian serangan wabak ini dan ianya wajar diputuskan dengan mengutamakan keselamatan kesihatan rakyat," katanya.

ASMAWATI


Bagi Asmawati Roslan pula, kerajaan negeri perlu memuktamadkan keputusan membuka sempadan untuk dikunjungi pelancong negara zon hijau termasuk China.

"Saya risau dengan menerima kemasukan kunjungan dari luar negara terutamanya pelancong akan memudaratkan kita di sini.

"Namun saya percaya, dengan pengalaman lalu pentadbiran negeri akan membuat keputusan terbaik demi kepentingan rakyat," katanya.

Beliau turut mencadangkah agar perkembangan wabak Bobunik dipantau dan diteliti dengan baik kerana tindakan susulan penjegahannya memerlukan kerjasama semua pihak termasuk rakyat.-Utusan Bprneo


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama